sem 1 tahun akhir=14 unit
sem 2 tahun akhir=14 unit
sem 3 tahun akhir (latihan industri)= 6 unit.
Insya'allah..selepas habis menyelesaikan 122 unit, dapatlah saya gengam segulung Ijazah Sarjana Muda Sains dengan Kepujian (Sains Nuklear) yang saya idamkan sejak berumur 15 tahun!
Alhamdulillah..CGPS untuk tahun 2 semakin meningkat.dan CGPK juga turut meningkat
mak sudah memberi saya cabaran dan sedikit tekanan sejak saya mula tahun 2 dulu. ayat selalu digunakan " tak kan sekali dekan pun tak boleh dapat. wani dan salwa dulu kat universiti pernah juga dapat sekali dua dekan". dan ayat yang terbaru.."berusaha untuk tahun akhir.naikkan pointer,dapatkan dekan.sekali pun ok!"
ada lagi dua semester untuk saya buktikan kepada mak bahawa saya pun boleh dapat dekan.Insya'allah.saya akan berusaha kearah itu!.
terima kasih mak kerana beri cabaran dan tekanan. masa tahun 1,kita tak ada orang yang cabar dan tak tertekan.sebab tu kita lalai dan leka!..kita perlukan cabaran dan tekanan untuk berjaya!.
mak,kita nak juga pakai topi dan uniform tu!..boleh tak,nanti lepas kita grad,kita masuk dunia ketenteraan.impian sejak dari kecik tu mak nak jadi tentera!!hehe..nanti boleh kita pakai pakaian macam kat bawah ni..NBC
NBC= Nuclear Biological Chemical
segala memori indah sepanjang tahun 1 dan 2 akan tersemat dihati dan sanubari..segala kepahitan,kegagalan,kesakitan,penderitaan yang dialami akan dijadikan panduan dan pengajaran untuk kehidupan yang akan datang.Insya'allah.
terima kasih kepada sahabat dan kawan2 yang sentiasa menolong dan membantu saya dalam pelajaran dan segala hal.terima kasih kalian.jasa korang sangat bermakna dan bernilai.
dan terima kasih juga kepada korang kerana mewarnai hidup di ukm.walaupun korang bagi pelbagai warna yang kadang kala mampu mengembirakan dan ada kalanya tidak mengembirakan,menyakitkan hati..tapi itulah adat dalam persahabatan.ampun dan maaf juga dipinta diatas segala kesalahan,kekurangan..
Insya'allah..jika dipanjangkan umur, kita akan berjumpa dan bersama berjuang di tahun akhir!
4 ulasan:
dah abes 2 thn kan? cepatnye!! harap2 kite leh hadapi thn 3 nnt...btw, thanks for everything...maapkan aku gak sbb aku slalu buat org sakit hati...hahaha...c ya this september..
haha..sma2..sedr pon ko bnyk sakitkn hati aku.haha..
ok,Insya'allah..jmpe pas raya nnt.
slamat masuk tahun akhir!
terima kasih kak!..selamat berpraktikal dan seterusnya berkonvo september nanti serta menjadi alumni ukm.hehe..:)
Catat Ulasan