ok,mula2 kita kenal pasti dulu sumber-sumber sinaran ni..
sumber sinaran terbahagi kepada dua iaitu:
1- semulajadi
2-buatan manusia
semulajadi
sinaran yang terhasil dari tindak balas nuklear iaitu fusion yang berlaku di matahari. asalnya ialah proton,tetapi proton tersebut telah bertindak balas dengan atmosfera. kadar dos sinaran meningkat apabila ketinggian meningkat dari aras laut.(kadar dos meningkat dua kali ganda apabila berada 2km ketinggian dari aras laut)
maka,orang-orang yang tinggal ditempat yang tinggi lebih banyak kena sinaran berbanding yang di bawah. serta tidak lupa juga dengan orang2 yang bekerja dalam kapal terbang dan penumpang kapal terbang itu sendiri.mereka terdedah kepada sinaran yang lebih :)
2- cosmogenic radionuclide
berlaku apabila sinaran kosmik bertindak balas dengan atmosfera melalui proses pemecahan, tangkapan neutron dan lain-lain.
3- terrestrial radiation
sinaran yang dipancarkan daripada nuklid yang beradioaktif yang terdapat didalam tanah,batu,atmosfera dan hidrosfera. terbahagi kepada dua jenis pendedahan kepada hidupan iaitu dalaman dan luaran.
- luaran
- di tapak pelupusan uranium atau thorium,kadar dos tinggi.
- indoor exposure bergantung kepada tahap radioaktif yang terdapat pada bahan binaan/tapak itu sendiri
- dos efektif ialah 0.41mSv
- oudoor exposure, dos efektif 0.48mSv
- dos efektif mengukur tahap bahaya kepada kesihatan bukannya nilai dos yang sebenar
- dalaman
- masuk kedalam badan melalui makanan atau pernafasan
manusia terdedah kepada gas berkenaan didalam rumah atau didalam bangunan. sebenarnya bukan gas radon 222 tetapi alpha daughter yang akan ke jantung.
untuk mudah faham dan faham tentang sumber semulajadi..jom tengok gambar kat bawah ni.
buatan manusia
1-perubatan
x-ray dan gamma ray untuk kegunaan diagnostik dan therapeutic
2- radioactive fall-out
terhasil daripada kemalangan nuklear atau ujian terhadap senjata nuklear
3- pekerjaan
pekerja/pelajar yang terlibat dalam bidang sinaran.
4-consumer good
contoh: TV yang berwarna, tiub elektronik yang memancarkan x-ray, self-luminous wrist watches.
had dos tahunan untuk orang awam ialah 1mSv..ayuh kita tengok gambar kat bawah ni..samaada melebihi limit ke tidak!
2.69mSv>1mSv..tapi tu cuma anggaran..tak semua kita dapat kadar sinaran yang sama..bergantung juga kepada aktiviti dan cara hidup kita..:)
ok,cukuplah untuk hari ni..entri akan datang akan menerangkan mengenai...emmm..tak fikir lagi..mungkin mengenai kesan sinaran kepada kesihatan manusia atau akan terangkan maksud dos,ALI dan lain-lain.
ok mai..nanti cerita tentang yang lain ye..harap dapat berkongi maklumat dan membantu..maaf juga sebab guna bahasa rojak.
rujuk nota kuliah fizik kesihatan bila terlupa.hehe.. betulkan saya jika saya salah.terima kasih.



2 ulasan:
ok, terima kasih suraya ! mai dh baca, faham sikit... ok2... nnt cerita lah lg :)
hihi..fizik kesihatan dihati~harap org2 kt luar pham bende nie..biar dorg lg terbuke fikiran n dont say no to nuclear..:)
Catat Ulasan