Ok,siapa yang tidak ada akaun laman sosial? Walaupun satu..kalau tiada,tahniah diucapkan!! Anda masih bersih dari benda yang agak melalaikan ni bagi yang tidak mengawalnya.
Saya ada
FRIENDSTER.
Saya mula guna frindster ni sejak tingkatan tiga. Tapi tak selalu main sebab tak ada siapa pun kat situ. Asyik duk main komen dengan akak yang masa tu kat UMT.akaun tu guna berapa bulan je..
Lepas tu,ogos 2008 buat akaun baru. Masa tu cuti pertengahan semester 1 matrikulasi. Dekat situ lah mula kenal dengan geng2 famili ceria yang sememangnya ceria.mereka selalu berbincang pelbagai isu,berkongsi cerita,maklumat di sana. Serius,sangat bertuah dan bersyukur dapat kenal rakan-rakan yang hebat seperti kalian. Jiha, Sab, Diyanah, Dell, Nedd, Fareha, Effa, Afiq, Man, Mirul dan lain-lain.
Kat situ juga lah kenal dengan kak Fiza.ingat lagi masa tu cari kumpulan sains nuclear UKM.lepas tu tergerak hati nak jadi rakan kak Fiza kat situ.bertanya dengan dia macam2 pasal ijazah dalam sains nuclear.masa tu dia tengah jadi tutor kat sains nuclear.
Tapi sekarang..friendster dah tak best.penuh dengan game.dah tak macam dulu.sayang nak tutup akaun tu sebab banyak kenangan manis kat situ..
TAGGED
Buat tagged masa disember 2008..masih belajar di matrikulasi..masa tu KMJ dah ada wifi. Main tagged sebab Friendster disekat.balik kelas je terus terkam laptop sebab nak main tagged. Lepas tu siap berebut dengan syaza lagi sebab kitaorang buat sama-sama akaun tagged tu. Kadang-kadang,kalau TERponteng kelas..ada je duduk kat bilik main tagged.bila ingat balik,teruk betul perangai!
Wifi KMJ pukul 12malam dah tak boleh guna.lepas tu wifi tu kat café je..nasib baik masa tu bilik dekat dengan café..nak main pun kena duduk tepi dinding .baru dapat.
Tapi bila masuk UKM je..terus padam akaun tu.syaza ada lagi akaun tu.
FACEBOOK.
Yang ni pula..buat masa November 2009. Masa tu cuti semester 1 tahun 1. Buat sebab menyahut cabaran dari akak dan adik yang masa tu dah lama main facebook.mereka kata saya kolot!.
Mula-mula tak nak add atau approve kawan2 UKM.Cuma nak berhubung dengan kawan sekolah dan KMJ serta family ceria. Masuk semester 2 baru add budak2 UKM..
BLOG
Mula main blog,lepas habis matrikulasi.mei 2009..sebab bosan tak tahu nak buat apa. Kalau tengok entri2 dulu,memang tak matang lansung.huhu..
Blog ni banyak membantu terutamanya masa tahun 1. Blog adalah tempat untuk mencurahkan segala kesakitan,penderitaan masa tahun 1. Agak membantu sebab masa tu tak tahu cara untuk hirangkan stress..tapi sejak masuk tahun 2, dah jumpa cara untuk hilangkan stress.tapi kadang2 ada juga lepaskan disini.tapi secara berhemah lah.hehe..
Banyak kenangan kat blog ni.sayang..tapi sekarang dah jarang nak membelai blog ni..tak akan padam Cuma mungkin akan diprivatekan sahaja nanti..tapi tak pasti lagi.
TUMBLR
Yang ni baru buat.menarik..rasa lebih selesa untuk mencurahkan perasaan,idea,cerita dan lain-lain disana.sebab kat sana tak ada orang sangat.
dari semua ni..ada kebaikan dan keburukan.ada positif dan negatif..terpulang kepada diri sendiri sahaja untuk menilai.
~sayang dan susah untuk membuang benda yang penuh kenangan.walaupun kenangan yang tak best.~
2 ulasan:
hehe,, byk jugak kmo punya ac.. hehe
su, dell pun gembira kenal su.. ;)
bnyk,tp tk aktif sgt..fb je..yg lain,jd tmpt persingghn je..
tahniah dell smbg study kat utm!
Catat Ulasan