kat rumah saya sekarang ada 18 ekor kucing..tu pun kalau tak silap kira..oho~~..ada yang tua,dewasa,muda,remaja,kanak-kanak dan bayi..
lepas tu makanan mereka( bolehlah eh gunakan"mereka" untuk kucing2 tu) pun..boleh tahanlah..bolehlah berbanding kucing2 yang kat tepi jalan tu..
menu utama: nasi + ikan kembung dan lain-lain
makanan sampingan(jajan) : whiskas(kering) kadang2 basah.
waktu makan: 5 pagi, 11 pagi dan 7 malam setiap hari
minuman: air masak.kadang2 susu
lokasi: dapur
cara penyediaan menu utama versi suraya.
1- masak nasi
2- goreng ikan
3-sejukkan kedua-duanya dalam bekas makanan mereka.
4- bila ikan dah sejuk,ambil dan masukkan dalam lesung batu. lepas tu tumbuk sampai lumat.
5- masukkan balik dalam bekas tu..
6- gaulkan dengan nasi.tulang-tulang yang tak lumat tu jangan lupa asingkan dan buang.
7- siap!
8- asingkan ikut mangkuk masing2 ( cerewet kot.kalau bukan bekas makanan dia,dia tak nak makan!)
9- panggil makan.kalau tak datang,cari sampai jumpa. dukung,dodoi bawa pergi kat tempat makan
10- lepas makan,basuh mangkuk mereka.
tapi..bukan semua yang makan..cuma beberapa ekor je yang makan!..kalau mak yang buat,semua makan sampai habis.
cis!kucing pun pandai pilih sedap ke tak.kucing pun pandai pilih tukang masak!cerewet ni!rasa nak lepuk2 je sekor2 ni.
dah..kalau korang tak nak makan,tak yah makan.berlaparlah korang sampai mak balik petang esok!lepas ni dah tak nak masak untuk korang.makan je whiskas tu sampai esok petang.
nasib baik korang semua comel2..kalau tak,dah lama kena lepuk!
~mak ada letak perisa tambahan apa2 ke.~
4 ulasan:
banyak nya kucing ! guna perisa adabi kot... haha. selamat menjaga kucing :)
meh mai amik kucing2 nie!!..
dah selamat jaga kucing2 ni..nasib baik bukan jaga harimau.
hee, abu hurairah ;)
haha dell.tak layak lah.:)
Catat Ulasan