Ogos 15, 2011

dulu dan sekarang

dulu dalam entri ni merujuk kepada masa saya semasa zaman kanak-kanak yang dunianya penuh dengan mainan.sekarang dalam entri ni merujuk kepada situasi sekarang yang agak membosankan iaitu zaman kanak-kanak adik saya.haha..situasi menjelang hari raya.jom bandingkan!

1-mercun,bunga api,meriam,pelita
dulu: mercun.,bunga api murah.dengan sesuka hati menghabiskan membakar duit mak abah beli benda-benda tu.lepas tu,pakat main perang dengan kawan sebelah rumah.nak best lagi main perang guna mercun roket.nasib baik tak ada apa-apa kecederaan.disebabkan anak-anak jiran saya kebanyakkannya lelaki,lagi ganas bermain.mereka selalu cabar saya dan saya pasti sambut cabaran tu.haha.lepas tu main meriam.suasana masa tu memang sana sini dengar bunyi mercun,meriam.meriah sungguh!.oh ye..pelita pula pasang keliling kawasan rumah.sangat seronok zaman tu!

sekarang: mercun,bunga api harga mahal walaupun yang tukang jual tu,orang yang sepatutnya mencegah benda2 ni!.buat rampasan,lepas tu jual!hebat!!disebabkan tu,adik saya jarang membeli dan main benda-benda ni mana taknya,kalau dia beli dan main,saya marah dan membebel.sungguh tak adil.haha.lagipun,anak-anak jiran yang sebaya dengan dia cuma sorang dua je.tak best sungguh kalau nak berperang.bunyi meriam pun jarang kedengaran..pelita masih pasang,masih tak best sebab tak  bising dengan bunyi mercun,meriam.bosan,bosan,bosan!!

kalau budak zaman dulu dengan zaman sekarang main perang,mesti budak zaman sekarang kalah!.haha..
2.kad raya
dulu: disebabkan saya ni tak duduk sekolah asrama duduk asrama dekat sebulan,lepas tu lari balik rumah ,maka..tak tahu nak pos kad raya kepada siapa sebab rumah kawan-kawan dekat je.tapi,masa pergi pertandingan apa-apa ke sekolah lain,masa tu lah digunakan semaksimum mungkin untuk cari kawan yang jauh sikit dari rumah. lepas tu,minta alamat mereka. raya je,masing-masing main pos kad raya.lepas tu gantung  kat dinding rumah.macam-macam gaya..tapi,selalu juga hantar kad raya kat kawan setempat walaupun jarak rumah kami tak sampai 1km pun..disebabkan zaman dah canggih sekarang,nak kad raya pun kena minta.:(

sekarang: ni lagilah tak best.kesian adik-adik tak dapat merasa kemeriahan pergi beli kad raya yang cantik2 dan setem,menulis ucapan,pos kad raya,gantung kad raya.lagipun sekarang,kad raya dah tak cantik-cantik.kad raya yang tka mengambarkan suasana raya!sekarang,ucapan semua diterima melalui mesej,facebuk..situasi tu semua telah diragut oleh kecanggihan teknologi.ni semua salah teknologi!!

heh teknologi!anda telah meragut semua keseronokkan dan kemeriahan menghantar kad raya!.peragut!

3-kuih raya
dulu: kuih raya buat.masa tu selalu ganggu mak dan akak buat kuih raya.kalau rajin sikit,tolong lah mereka.tapi kebanyakkan merosakkan kuih tu ada lah..tapi paling seronok masa berbuka puasa..dah tak nampak makanan lain dah..makan kuih raya!..lepas tu,bila nak dekat raya,kuih dah habis!.

sekarang: kebanyakkan kuih tunjuk je.tapi,mak,akak dan saya masih buat kuih sendiri.tapi,bila ajak adik buat kuih je..dia malas!tapi kalau dia nak tolong,selalu juga kena halau dengan saya.sebab dah lah penat buat,dia merosakkan mesti ni perasaan mak dan akak masa saya ganggu mereka dulu.disebabkan adik beradik saya ramai perempuan,5/6 perempuan..kerja saya mudah sikit.sorang buat berapa jenis kuih.

setiap tahun saya buat kuih ni.sebab senang!.haha..

4-sehari menjelang hari raya
Alhamdulillah..disebabkan adik beradik saya ramai perempuan dan cuma ada seorang lelaki..kerja senang sikit.akak pertama tolong masak ketupat dan lain-lain.akak kedua mengemas rumah,adik perempuan pertama keluarkan dan bersihkan pinggan mangkuk untuk digunakan masa sedara mara datang rumah,adik perempuan bongsu masukkan kuih raya dalam bekas.saya,pengarah!.

5-hari raya pertama
dulu: pergi beraya dengan kawan-kawan sampai tak ingat dunia..rumah yang tak kenal pun main naik jer.mata duitan.haha..

sekarang: adik tak beraya sangat sebab tak ada kawan nak pergi raya..dan disebabkan kami ni duduk kawasan felda yang mana penduduknya orang yang kekal..maka,anak-anak ramai dah besar.budak-budak kecik tak ramai.dan disebabkan itu juga membuatkan saya boleh duduk saja-saja sebab tak ada budak nak yang beraya tahun lepas penat tunggu budak-budak raya,cuma budak jiran sebelah je yang raya.tapi bila datang sedara mara,rasa nak pengsan!



dah..malas nak sambung lagi.kesimpulannya..zaman dulu juga seronok!..zaman sekarang dah tak seronok sangat.


4 ulasan:

themissingikmal berkata...

raya kat kl lg best...tgh hari boleh tdo
aku tunggu bulan puasa je, raya dah xkesah...hahaha

..SuRaYa.. berkata...

huhu..raya kat ukm lg best.

themissingikmal berkata...

tuh la...raya #3, fizik atom...best gler

..SuRaYa.. berkata...

ah?fizik atom tu apa?fizik nuklear lanjutan tahu lah.haha~~

*nama subjek tu tak tahu lah betul ke tak.huhu*