1- kena tipu dengan kawan.ok,ni tak nak carita lebih.kes tutup sebab malas nak fikir dan layan manusia macam tu..kau hantar lah beribu2 mesej terima kasih, mohon maaf dan lain-lain. aku tak akan respon dan jumpa kau lagi! sakit hati, geraammm..
2- perang dingin dengan kawan. ok, yang ni siapa suruh kau mengedik, mengada2 merajuk terasa masa aku tengah sangat-sangat sibuk, serabut dengan hidup, tak cukup rehat. ok, kalau aku tak sibuk, serabut, tak cukup rehat pun..tolong tolong tolong tolong tolong jangan jangan jangan jangan jangan nak mengada merajuk dengan aku. serius, aku tak reti pujuk dan tak akan pujuk. dan tolong faham situasi aku bila aku tengah sibuk. ok, dah mula panas bila fikir benda ni. tak nak cerita lagi. aku simpan je apa yang kau buat kat aku walaupun kau yang mulakan semua ni.
3- hantar surat perletakkan jawatan sebagai ketua biro keselamatan dan pengangkutan untuk program peringkat kebangsaan bulan februari 2012. sebab?..tak tahan dengan semua benda. benda ni pun tak nak cerita juga sebab hati rasa makin panas.
4- dekat seminggu tidur lambat pukul 3 atau 4 pagi..dan ada sehari langsung tak tidur..tak tahu buat apa..tengok kerja tak siap-siap juga..ilmu tak bertambah-tambah juga..
5- cari prof untuk tanya/bincang cadangan penyelidikan tesis..prof tak ada seminggu..
6- telefon mak..mak cakap kat labis hujan sekarang tak berhenti..macam nak banjir..saya tak nak kali ke 2 menghabiskan cuti pertengahan semester di ukm berseorangan..cukuplah sem lepas saya tak dapat balik cuti sebab banjir..cukuplah pengalaman yang sekali tu..terseksa perasaan duduk ukm sorang, tengok kawan naik status muka buku yang mereka sedang bergembira dirumah bersama keluarga..semoga labis tak banjir sebelum saya sampai rumah 4 november..
7- masa bersiar-siar menenangkan fikiran konon-kononnya di KLCC..jumpa rakan sebilik Kolej Matrikulasi Johor,shuhada(shuq)!..tak sempat kira 4,3,2..shuq dah ada depan mata! beberapa hari sebelum tu, ada bagi lagu "count on me" kat dia melalui skype..siap tag video lagu tu lagi kat muka buku.
8- hari jumaat (semalam), shuq datang UKM..lepak kat bilik dari tengahari sampai malam..lepas tu dia balik rumah akak dia kat ampang..terima kasih kepada sepupu dia yang sudi jemput,hantar shuq ke UKM..dan terima kasih juga kepada shuq kerana sudi datang menjenguk kawan sebilik kmj dia ni buat kali ke 2..terima kasih sebab belanja.. dan terima kasih sebab beri kegembiraan yang teramat semalam..rindu sangat2 kat shuq! Insya'allah..nanti akan menjenguk shuq pula kat UPSI..:)
| masa pertama kali melepak bersama selepas tamat KMJ..shuq datang dan lepak UKM. |
apa-apa pun, Alhamdulillah..disebalik kesukaran,ada kegembiraan. :)
3 ulasan:
aku nak tujukan lagu yg sama kat ko plak
Kelly Clarkson- What Doesnt Kill You(Stronger)
*cuba download dan amati lirik
*a lil bit catchy tp sgt memberi semangat
Lagu #2 yg aku tujukan kat ko:
Kelly Clarkson- I Forgive You
*dalami liriknya...u'll learn something from there
:)
ikmal..thnks a lot..aku tak download lagi sebab internet lemmm..tapi aku dah tengok lirik2 lagu tu..
yup..kali ni aku sedikit rapuh nak hadapi semua ni.semuanya datang pada waktu yang sama.
apa2 pun,terima kasih tau.sampai dua lagu bagi aku..:)
kuatkan semangat ! tabahb ya. Ujian yg Hebat utk org yg hebat. :)
Catat Ulasan