November 19, 2011

tesis #2

Assalammualaikum..

ni entri pertama untuk bulan november 2011..hehe..

setelah melalui beberapa proses menaip,padam,menaip,padam,menaip,padam cadangan penyelidikan..akhirnya..saya telah membentangkan cadangan penyelidikan..

tiga kali tukar tajuk..2 november baru dapat tajuk yang betul-betul..kena hantar cadangan penyelidikan 4 november..mengagahkan diri untuk menyiapkan cadangan penyelidikan dalam tempoh tak sampai 48 jam. 3 kali kena baiki disebabkan tak ikut gaya ukm untuk rujukan..

17 november..saya bentang cadangan penyelidikan saya didepan 7 orang pensyarah..kena hentam habis!

ada beberapa perkara yang saya tak faham dan terlepas pandang..terutamanya mengenai teknik yang saya gunakan nanti. teknik tu susah untuk saya fahami sebab saya tak ada banyak rujukan mengenai teknik tersebut.dan tak ramai orang guna teknik tersebut. jurnal semua dari luar negara.

hai LSC yang nampak baru !!..

ni lah pembilang sintilasi cecair yang saya akan gunakan.nampak baru sebab jarang orang guna benda ni. tak ada langsung orang yang telah menggunakan pembilang ni dalam buku log penggunaan!

apa-apa pun..terima kasih kepada prof yang 'menghentam' saya dengan soalan2 yang kebanyakkan tak dapat jawab.dah habis perbentangan baru teringat beberapa jawapan untuk persoalan mereka..terima kasih kerana menegur dan membetulkan. banyak kelemahan yang perlu dibaiki.



2 ulasan:

themissingikmal berkata...

itu baru cadangan belum dilaksanakan lagi...so kesalahan dimaapkan...
aku pon banyak gak nak diperbetulkan...slmt membuat thesis
*statement last tuh mcm aku sgt jauh drp kau..haahahaha

..SuRaYa.. berkata...

all the best ikmal!..semoga kita semua beroleh kejayaan dan grad sama2!!