lagi 7 bulan saya akan meninggalkan bumi Universiti Kebangsaan Malaysia.. bila saya fikir pasal benda ni, rasa sayu nak tinggalkan UKM..
masa awal-awal dulu.. masa tahun 1.. rasa nak cepat2 je keluar dari UKM sebab air selalu tak ada, itu ini masalah, buat itu tak reti, buat ini tak reti.. rasa kalau boleh, nak je cepat-cepat keluar. ye lah.. mungkin tak biasa lagi dengan kehidupan sebagai mahasiswa..
tapi bila masuk tahun 2, saya dah mula rasa enjoy dengan kehidupan di universiti.. Alhamdulillah, saya lebih matang menghadapi masalah hasil pengalaman masa tahun satu.. terima kasih atas segala masalah yang hadir masa itu.. kerana masalah-masalah itu lah yang membuatkan saya jadi seperti sekarang.
serius, saya rasa macam saya nak lama lagi dekat UKM ni.. saya gembira dengan kehidupan di UKM..
![]() |
| kawan-kawan kuliah.. walaupun saya tak rapat dan tak selalu bercampur dengan kebanyakkan dari anda, tapi anda semua ada meninggalkan sesuatu perkara untuk diingati dan dikenang.:) |
| keluarga Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia UKM (PSSCMUKM).. banyak kenangan dengan anda semua terutamanya semasa saya tahun 1. ~gambar ori dah hilang. mana tah saya letak. tinggal ni je~ |
![]() |
| keluarga Sekretariat Rakan Muda UKM (SRMUKM). terima kasih juga atas segala kenangan dan memori indah. |
sepanjang berapa tahun di UKM.. banyak perkara yang berlaku.. kegembiraan, kesedihan dan lain-lain. itulah hakikat kehidupan yang banyak memberi kesan dan pengajaran kepada saya untuk hadapi masa hadapan.
untuk 7 bulan atau lebih tepat 6 bulan yang akan datang, saya harap saya dapat belajar banyak perkara dan timba sebanyak mana pengalaman.
~sedih, sayu, sayang nak tinggalkan bumi UKM. tapi itulah kehidupan. perlu teruskan perjuangan walau dimana sahaja..~


2 ulasan:
kita akan sama2 kejar bas
:)
jom sma2 nnt amik master..dgn shila!
Catat Ulasan