Alhamdulillah..
akhirnya..tercapai impian saya untuk mencerap gerhana bulan penuh di planetarium menggunakan teleskop mereka..dan yang lebih gembiranya bersama kawan-kwan sekretariat rakan muda ukm (SRMUKM) lagi..hehe..
sebenarnya..saya dah lama rancang nak jadikan ni sebagai salah satu program exco inovasi untuk kawan-kawan SRMUKM. dan untuk merealisasikan impian ni..sejak bulan 7 lagi saya sudah hantar email kepada pihak ANGKASA bertanyakan tentang program pencerapan pada 10 disember ni.
dan kemuncaknya, akhir november saya minta pihak ANGKASA emailkan surat jemputan untuk SRMUKM. dan yang paling menarik, pihak ANGKASA beri kerjasama.
dah dapat surat jemputan, maka saya pun buka penyertaan untuk rakan-rakan SRMUKM.sambutan sangat tidak disangka!!..lebih 100 orang yang nak daftar. tapi, maaf sangat kepada yang tidak dapat. saya cuma mampu dan dapat tempah 2 bus ukm sahaja. lagipun, saya tak larat nak jaga ramai peserta ni.
dan untuk laksanakan program saya, banyak juga halangan yang perlu saya tempuh. tapi, bila dapat pergi dan tengok bulan gerhana tu..segala penat lelah terbalas.
![]() |
| masa ni saya tengok bulan ni guna teleskop.canggih teleskop tu sampai kawah kat bulan tu pun nampak. sumber gambar: ANGKASA. |
![]() |
| melepak di balai cerap bersama-sama orang yang banyak menyabarkan dan menenangkan saya semasa program berlansung. |
apa-apa pun..saya gembira kerana dapat bawa budak2 SRMUKM mencerap gerhana bulan penuh. dan saya gembira kerana impian saya tercapai.
lepas ni ada satu lagi program yang saya ingin buat untuk SRMUKM sebagai rakan inovasi. harap program itu akan berjaya dan berjalan seperti mana yang dirancang.amin..
laporan program pencerapan gerhana bulan penuh.
laporan program pencerapan gerhana bulan penuh.


Tiada ulasan:
Catat Ulasan