Februari 22, 2012

pertama kali

Assalammualaikum..

untuk pertama kali rasa kecewa yang teramat. sampai terasa sakit hati yang teramat juga. dan sampai rasa nak lari jauh-jauh dari dunia realiti.

2 minggu lepas adalah sorang hamba Allah ni kata saya tak guna. banyak-banyak-banyak-banyak-banyak-banyak kali. ok. malas nak taip perkataan tu. kalau nak dikira berapa kali dia sebut perkataan tu, memang tak terkira. 

lepas tu dengan sesuka suke suki suko suku hamba Allah ni kata saya bodoh. hello. mak abah saya pun tak pernah main kasar macam tu tahu tak? tahu lah pandai, bijak, bergeliga, genius, kaya dan lain-lain. tahu lah saya ni kurang pandai!! tapi, perlulah kata macam tu?!! 

ok. masa tu masih boleh tahan. walaupun masa tu rasa nak jerit je lawan balik. tapi, Alhamdulillah.. dapat sabar. dan dapat tahan cerita tu tanpa cerita kat orang lain selama beberapa hari. lepas tu dah tak dapat tahan dan tanggung. akhirnya, cerita jugak kat kawan-kawan rapat. 

dan terbaru.. hamba Allah ni.. kalau tak mampu, cakap awal-awal. senang saya nak buat perancangan lain. ni diam je. saya macam nak rak cari maklumat pasal benda tu, kaedah itu ini, dah 5 kali tukar kaedah, cuti sem duduk kat ukm tak balik rumah jumpa keluarga sebab benda tu.. lepas tu baru tahu yang benda tu tak boleh dijalankan tanpa adanya benda yang hamba Allah ni tak mampu nak beli. dan orang lain yang bagi tahu pasal benda tu.

Ya Allah.. masa tu hanya Allah saja yang tahu macamana diri saya. memang luaran senyum, ketawa masa tahu benda tu. tapi kat dalam. rasa macam kena tikam bertubi-tubi dan rasa dah tak mampu nak bangun. 

rasa macam sia-sia apa yang saya buat selama ni.. masa hari kejadian, memang dah tak boleh kawal emosi. balik je bilik, memamg menangis. rasa kecewa dan sakit hati sangat.

dah lah benda ni penting. kalau tak berapa nak penting, saya tak ada lah kecewa dan sakit hati sampai macam ni. ni melibatkan masa depan saya. masa depan saya!! bukan masa depan orang lain!!

saya tahu lah saya ni tak bijak, genius. tapi agak-agaklah kalau nak marah pun. memang lah senang dan mudah nak melontarkan kata-kata macam tu kat orang dan senang juga lupa. tapi, orang yang jadi mangsanya? ingat senang nak lupa?

mungkin nak bagi saya cabaran..
mungkin nak bagi saya pengajaran..
mungkin nak bagi saya pengajaran..
mungkin nak suruh saya jadi orang yang sentiasa positif.. 
tapi tak ada cara lain selain maki hamun??keluarkan kata-kata kesat?

huh! 



kali ni saya tak boleh jadi orang yang positif sangat. rasa kecewa dan sakit lebih menguasai. Alhamdulillah.. sedang berusaha untuk bangun dan cari jalan penyelesaian terhadap masalah ni..

terima kasih kepada teman yang banyak membantu. kak zaty, dyana, shila, kak mun yang kena dengar saya membebel. dan ikmal yang sanggup telefon. mesti shila yang bagitahu pasal benda ni kan?

Alhamdulillah.. terima kasih kalian. rasa kurang sikit beban bila bercerita dengan kalian. dan rasa bersemangat untuk teruskan perjalanan ni. Alhamdulillah..

ni saat Allah nak menduga saya dalam perjalanan ni. ye lah.. selama ni, jalan ni tidak banyak halangan dan cabaran. dan bila hampir ke garisan penamat, baru terasa bamyak cabaran dan halangannya.. tapi sangat yakin dan pasti. semua yang terjadi ni ada hikmahnya.

kalau lalu dengan penuh kesabaran, semangat, keyakinan.. pasti besar ganjaran di garisan penamatnya nanti. Insya'allah.

sekali ku rebah, sejuta kali ku bangkit!!!

2 ulasan:

themissingikmal berkata...

camne tau shila bgtau?
lgpon aku mmg dah lama nak tanya. cuma terkejut masa shila bgtau. sbb tu aku call. kita dah sampai final round, so kena tabah lebih drp biasa. always remember, apa2 yg berlaku, ko ada aku sebagai telinga.

..SuRaYa.. berkata...

haha. mestilah tahu. huhu.

terima kasih banyak-banyak tau. :)