Mac 11, 2012

emosi

Assalammualaikum..

emosi adalah satu ciri jiwa manusia yang mempamerkan perasaan-perasaan kuat yang berpunca daripada psikologi(mental) seseorang dan emosi dapat berlaku secara naluri bergantung kepada situasi. (Dr Khamsiah Ismail) klik untuk membaca dengan lebih lanjut dan terperinci mengenai emosi. dan ini juga.

Alhamdulillah.. saya dan kita semua dikurniakan emosi. Alhamdulillah. 

bila saya dengar atau berkata mengenai emosi.. saya akan membayangkan emosi yang negatif. marah, sedih, kecewa. tak tahu kenapa. mungkin kerana sebelum ni saya tidak tahu maksud sebenar emosi dan selalu gunakan istilah emosi untuk gambarkan perasaan yang negatif sahaja. ok, lepas ni boleh luaskan sikit pandangan dan fikiran tu ye suraya. 

oleh itu, untuk entri ni, saya masih menggunakan emosi untuk mengambarkan perasaan sedih, marah, cepat terasa, kecewa yang terlampau dan tak dikawal. 

umumnya emosi ni dikaitkan dengan seorang perempuan atau wanita. ye, perempuan. Alhamdulillah, saya juga seorang perempuan.

tipulah saya tak beremosi. tipulah saya tak pernah nangis, sedih, marah, kecewa, terasa, bad mood, dan lain-lain. saya pernah rasa semua tu. terlampau banyak kali. tak terkira rasanya. 

biasanya, orang cakap.. bila seorang perempuan tu hampir atau tengah datang bulan, emosi tak stabil sangat. cepat terasa, sensitif, marah, dan beremosi je. ok, secara jujurnya.. saya  pun kadang-kadang cepat terasa, sensitif, emosi masa tu. 

tapi.. biasanya orang sekeliling, kawan-kawan tak tahu pun apa yang saya rasa masa tu.  emosi, mood saya masa tu. saya jenis susah untuk nyatakan apa perasaan, emosi yang saya sedang rasa, alami. 

jangan peliklah bila saya mengadu atau cerita benda yang sedih kat kawan. tapi riak muka saya tak selari dengan cerita yang saya sampaikan. selalunya saya cerita dalam keadaan senyum, ketawa. 

saya hanya akan menangis bila berseorangan. bukan segan nak nangis depan kawan. tapi air mata memang tak nak keluar. mungkin saya yang sekat air mata tu dari keluar sebab saya tak nak orang yang mendengar sedih dan turut rasa apa yang saya rasa, alami.

oh ye.. cuma ada tahap yang bila saya rasa terlampau sakit dan sedih, air mata saya akan menitis juga di depan kawan. tu memang tahap yang saya tak mampu kawal. tengah cerita benda lain, tiba-tiba air mata mengalir. haha.


apa-apa pun.. saya tak suka perempuan yang beremosi sepanjang masa. saya tak kisah dia nak beremosi sepanjang masa pun, tapi tolonglah jangan jadikan saya sebagai mangsa emosi (sedih, marah, sensitif, terasa). saya tak larat nak dengar setiap hari masalah emosi anda. tak payah jadikan alasan anda yang anda seorang perempuan, ni masalah perempuan. habis saya ni bukan perempuan? tak ada emosi?

belajarlah kawal emosi sendiri. percayalah. tak ada orang nak dengar masalah emosi anda hari-hari. baik saya dengar masalah kawan-kawan lain yang memang memerlukan orang untuk mendengar. 

tak payah nak emosi sangat. kalau nak juga, emosi sorang-sorang. tak payah nak mengadu kat orang. tak payah nak jadikan orang lain mangsa emosi anda. 

jangan beri alasan anda beremosi sepanjang masa disebabkan anda seorang perempuan. merepek alasan tu. 


Tiada ulasan: