Jun 29, 2012

29 jun

Assalammualaikum..

29 Jun 2009 - saya mula memegang gelaran mahasiswa di Universiti Kebangsaan Malaysia
29 Jun 2012 - hari terakhir di Universiti Kebangsaan Malaysia

Alhamdulillah.. banyak ilmu formal, ilmu tak formal, pengajaran, pengalaman, panduan yang diperolehi sepanjang pembelajaran di Universiti Kebangsaan Malaysia.

Setiap apa yang berlaku kat Universiti Kebangsaan Malaysia, sedikit sebanyak mematangkan dan mempengaruhi pemikiran, peribadi saya. Alhamdulillah. 

Sekarang, rasa sayu dan sayang serta berat hati untuk tinggalkan bumi yang banyak mengajar saya erti kehidupan. Dan semestinya saya rasa sedih dan sayu untuk berpisah dengan sahabat-sahabat yang sentiasa ada ketika suka duka, gelak tawa. Sahabat yang banyak mengajar erti persahabatan, pengorbanan, perjuangan.

Semoga persahabatan yang terjalin di bumi Universiti Kebangsaan Malaysia ini akan kekal selamanya. amin.

jauh dimata, dekat dihati, kekal diingatan.



# aras 6, blok 13, Kolej Keris Mas, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi #

Tiada ulasan: