Assalammualaikum..
Alhamdulillah..Alhamdulillah..Alhamdulillah..
selesai sudah viva untuk tesis. Alhamdulillah..
kalau sebelum ni, setiap kali pembentangan indivindu atau kumpulan..mesti ada rasa gugup,gemuruh, cuak. dari suara dah dapat kesan perasaan-perasaan tersebut.
Alhamdulillah..
untuk viva tesis ni, Alhamdulillah. Allah permudahkan urusan saya. semasa viva,
1- saya langsung tidak ada perasaan cemas,gugup,gemuruh,cuak.macam tiada apa-apa perkara yang berlaku. Alhamdulillah.
2- tahap keyakinan saya untuk bentang tesis saya sangat tinggi dari sebelum ni. Alhamdulillah.
3- dapat bentang dengan baik. dapat terangkan setiap hasil dengan baik. Alhamdulillah.
4- dapat jawab semua pertanyaan dan persoalan dari doktor. dapat terangkan kat dia apa yang dia tak faham. Alhamdulillah.
5- 45 minit yang dilalui tanpa tekanan,tanpa perasaan gemuruh. Alhamdulillah..
dari segi draf tesis..
1- Alhamdulillah.Dr MO puji Bahasa Melayu saya. beliau kata tidak tunggang langgang, penggunaan kata yang baik, ayat yang sesuai. tak seperti tesis yang lain. bahasa rojak,tunggang langgang,cincai. terima kasih Dr MO.
2- tidak banyak kesalahan pada draf tesis.
Alhamdulillah. terima kasih Dr MO sebab ucap tahniah kat saya. kalau tak silap, 5 kali Dr ucap tahniah. serius,saya sangat hargai ucapan tu. melangkah masuk sahaja Dr dah beri ucapan tahniah. keluar pun dengan ucapan tahniah. terima kasih Dr.
terima kasih kerana membuat saya rasa diri dan tesis saya dihargai. terima kasih Dr.
![]() |
| sebelum bentang, duduk kat sini.sambil layan perasaan. kemudian, viva kat sini. berdua dengan Dr. |
Alhamdulillah.. terima kasih Dr.. terima kasih kawan-kawan yang sentiasa memberi kata-kata semangat, sokongan dorongan dan mendoakan. terima kasih. semoga urusan kalian dipermudahkan dan sentiasa dirahmati olehNYA.
Tiada daya dan upaya melainkan dengan kekuatan Allah.
# aras 6, blok 13, Kolej Keris Mas, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi #

Tiada ulasan:
Catat Ulasan