Assalammualaikum..
Apabila saya ikut mak atau adik beradik lain pergi membeli barang-barang. Selalunya saya akan duduk kat tepi dan hanya melihat mereka. Lagi-lagi bila ramai orang dan bersesak-sesak kat situ.. Terutamanya kat kedai kain yang ada macam-macam warna..
Apabila saya keluar dengan kawan-kawan, saya sebolehnya untuk elakkan diri dari berada di kawasan yang ramai orang dan bersesak-sesak..
kalau tak.. jadilah seperti semalam dan beberapa kes sebelum ni..
Semalam saya hampir pitam dekat bazaar Ramadhan dekat Wangsa Maju. Tak sampai 15 minit berada kat bazaar tu, saya rasa nak pitam. Alhamdulillah ada akak masa tu..
Mula-mula buat macam biasa. tapi bila pandangan masa tu makin lama makin kabur dan gelap serta rasa nak tumbang.. cepat-cepat saya peluk tangan akak dan cakap dengan dia saya nak duduk..
Masa tu dia tengah tunggu nak beli murtabak. dia suruh duduk kat tepi kedai tu.. mungkin dia nampak muka saya dah lain..
Lepas dapat duduk je, pandangan makin lama makin ok. Alhamdulillah.. Hampir 5 minit duduk situ, baru lah rasa ok.
Kes yang sama juga semasa nak pergi keluar dengan kawan. Seperti biasa, keluar hujung minggu je mestilah komuter penuh dan bersesak-sesak serta memang tak ada peluanglah nak duduk kan. Masa tu pun hampir pitam juga. Alhamdulillah masa tu Dyana dapat duduk dan saya cakap dengan dia, saya nak duduk.
Pernah sekali pitam kat rumah. Alhamdulillah kat rumah bukan kat luar. yang tu sebab saya bangun tidur dalam keadaan mengejut dan penat, kemudian terus meluru ke luar bilik dan terus pitam kat depan pintu bilik.
info mengenai pitam. klik ni..
Alhamdulillah..setakat ni saya tak pernah pitam selepas bersukan atau beraktiviti. Dan minta dijauhkan perkara tersebut.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan