Ogos 14, 2012

genetik.

Assalammualaikum..

ok. saya tak nak cerita pasal genetik, DNA dan selainnya. saya tidak ada ilmu yang cukup untuk berbicara mengenai itu. mungkin konsep genetik yang ada di dalam otak saya pun sekarang masih salah. haha.

ok, nak cerita mengenai genetik abah yang saya warisi. yang ketara dapat dilihat, diperasan oleh adik beradik dan sedara mara serta jiran tetangga yang mengenali keluarga saya.

iaitu pendiam. bila saya dengan adik beradik, mak dan abah, saya bising dan kadang kala senyap. senyap sebab tak mampu nak lawan kebisingan dan keaktifan adik beradik yang lain yang suka buat lawak, menyakat, membuli dan lain-lain termasuk membebel kot. haha..

tapi bila berhadapan dengan orang luar selain adik beradik dan mak abah, automatik saya akan jadi seorang yang pendiam. termasuklah bila bersama kaum kerabat, dan kawan-kawan.

tapi bila dengan kawan tertentu, saya bukanlah seorang yang pendiam sangat. kadang-kadang perangai sebenar dirumah terbawa-bawa apabila bersama mereka. benda ni automatik juga. saya tak dapat nak kawal.

jangan tanya kenapa perkara ini berlaku.kerana saya pun tidak ada jawapan yang pasti.saya tidak memilih untuk jadi pendiam dengan kawan x dan jadi tak pendiam dengan kawan y.

apa-apa pun, saya selesa dengan jadi pendiam ni. dapat menyelamatkan diri dari melakukan dosa yang berpunca dari mulut. kerana mulut, badan binasa. hehe.

 pandai juga ye saya berlakon dan menyorokkan identiti sebenar dekat orang ramai. tapi bila dengan kawan tertentu, identiti tak dapat disorokkan dan segala perangai dirumah akan ditonjolkan..

haha.

rakan serumah sewa kakak pelik sebab saya diam je.haha