Alhamdulillah..
Tahniah kepada mahasiswa baru Universiti Kebangsaan Malaysia. Tahniah juga untuk junior-junior sedia ada di Universiti Kebangsaan Malaysia.
Melayan kerenah adik-adik di alam maya, memang mengembirakan. Kalau depan-depan, lagi gembira rasanya. Akak adik sama je. Memang jenis suka menyakat, buat lawak.
Hari ni, ada antara mereka dah kembali ke UKM. Masing-masing sibuk duk tanya bila saya datang UKM, bila dapat jumpa itu ini.. Insya'allah.. 24 september ni balik jap ke UKM, hantar buku log dan uruskan hal-hal berkaitan. Dan semasa menunggu tarikh konvo, akan ada juga beberapa kali balik ke UKM. Uruskan pasal konvo.
Insya'allah.. Selagi ada insan-insan yang dikenali dan disayangi di UKM, selagi tu saya akan ke sana untuk berjumpa dengan mereka. Insya'allah.
---
Sebelum keluar UKM pada 30 jun 2012 hari tu..sempat naik status pasa benda ni..
tak sampai 2 minit, TNC bagi mesej kat FB.
Alhamdulillah.. pelajar UKM beruntung kerana ada seorang TNCHEPA macam beliau. Sentiasa ambil berat, prihatin dengan masalah pelajar walaupun masalah tersebut diadukan di FB. Saya dah 2 kali adukan masalah kepada beliau dan beliau berusaha untuk menolong. Pasal yuran dan ketiadaan bas zon 3 semasa minggu ulangkaji. Alhamdulillah, prof sedaya upaya menolong menyelesaikan masalah tersebut. Terima kasih prof.
Insya'allah. Saya akan cuba sedaya upaya untuk meyumbangkan sesuatu kepada UKM.
---
Rasa rindu nak kelam kabut masa awal-awal sem. Nak daftar subjek, nak urus kan itu ini, tunggu bila biasiswa nak masuk. haha.
Apa-apa pun, zaman tu semua dah berlalu. Kini, hanya tinggal secebis kenangan dan ingatan.
Untuk kawan dan adik-adik yang disayangi Lillahi Ta'ala, selamat meneruskan perjuangan dalam medan ilmu. Semoga setiap langkah, perbuatan anda diredhai dan diberkati oleh Allah.
Doakan kejayaan kita bersama.
~malam tadi mimpi adik-adik ku di UKM. Maaf jika tidak dapat berbakti dan menyumbangkan sesuatu kepada adik-adik semasa di UKM dulu.~


Tiada ulasan:
Catat Ulasan