Bersukan.
Alhamdulillah. Sejak sekolah rendah hingga sekarang, saya minat bersukan. Tapi saya kurang minat untuk tengok sukan di tv. Kalau ada kejohanan negra, dunia pun.. Tengok macam tu je. Kalau dapat tengok, tengok lah sekejap. Nama ahli sukan pun saya tak ingat. Haha.
Antara sukan yang saya minat dan pernah main,
1- lompat jauh (sekolah rendah dan menengah).
2- lompat tinggi (sekolah rendah). bila sekolah menengah, tarikan graviti kat sek men terlebih. tu yang malas nak melompat tinggi.
3- rejam lembing (sekolah rendah dan menengah)
4- lontar peluru (sekolah rendah dan menengah). sukan ni yang paling mak saya tak bagi saya main sebab keadaan saiz badan saya yang tak menyakinkan. haha.
5- bola baling dan bola jaring (sek ren)
6- lari jarak dekat (sek rendah). masa sekolah menengah malas nak lari jarak dekat sebab kena pecut.
7- lari 1500 m. (sek men). lari 1500 m tak penat sangat berbanding lari pecut.
Masa matrikulasi, tak ada apa-apa sukan yang saya main. cuma kadang-kadang pergi berlari sendiri je lah kat stadium. pagi atau petang.
Masa universiti, masuk silat. setiap minggu 2 kali latihan (tapi selalu juga ponteng). Ada hari-hari tertentu, pergi main lari-lari pusing UKM, tak pun kalau malas sangat lari kat stadium je.
Masuk tahun akhir, dah tak aktif silat. maka, hanya bergantung kepada lari, atau jalan-jalan pusing UKM je lah untuk kekal aktif.
Sekarang? memang tak bersukan langsung. Kasut sukan pun dah lama tak pakai.
Buat kerja sikit, cepat penat. Lepas tu, ada masa-masa, badan rasa lenguh sangat.
Kena cari tempat untuk berlari ni.
~kasut sukan pun kat rumah. macam mana nak bersukan. haha. alasan.~
---
dah tak boleh nak bersukan atau aktif sangat macam masa zaman sekolah. tangan kanan dan kaki kiri sakit bila terlebih bersukan. ni antara kesan kecederaan akibat bersukan dengan gaya tak betul.mungkin.huhu
Tiada ulasan:
Catat Ulasan