Oktober 18, 2012

7 tahun

Assalammualaikum..

Alhamdulillah.

Jika dipanjangkan umur dan diizinkan oleh Allah ..21 oktober ini saya akan mengenggam Ijazah Sarjana Muda Sains Dengan Kepujian (Sains Nuklear). Insya'allah.

7 tahun menanti saat ini. bukan mudah untuk mengapai impian yang kita impikan selama 7 tahun. memerlukan semangat juang yang tinggi, usaha yang jitu.

Dan perjalanan untuk merealisasikan impian itu bukan mudah. ada sahaja halangan, dugaan, cabaran, ujian yang perlu dilalui dan diatasi untuk sampai ke garisan penamat.

Alhamdulillah. Dengan kekuatan dan kasih dariNYA, dapat melalui perjalanan ini hingga ke garisan penamat. Alhamdulillah.

Sungguh banyak nikmat dan hikmah yang diberi sepanjang perjalanan ini. Terlampau banyak. Sungguh.


pertama kali dalam seumur hidup pakai jubah konvo.sebelum ni tak pernah walaupun jubah konvo akak2, senior.

Alhamdulillah.

---

Majlis Konvokesyen Universiti Kebangsaan Malaysia Ke - 40.
Sidang : 4
Tarikh : 21 Oktober 2012
Masa sidang : 2 - 5 petang
Tempat : Dewan Canselor Tun Abdul Razak, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Tiada ulasan: