Alhamdulillah untuk segala nikmat dan peluang yang dikurniakan oleh Allah.
air mata.
bagi saya.. orang yang suka mengeluarkan air mata ni orang yang lemah dari sudut fizikal dan emosi. sikit-sikit nak menangis,sikit-sikit nak keluarkan air mata.
tapi tu dulu.. masa zaman kanak-kanak hingga ke matrikulasi.
masuk universiti, saya mula bersahabat dengan air mata.
dikala ujian yang menduga, halangan yang menimpa, bebanan perasaan, emosi yang bercelaru.. dengan serta merta air mata akan jatuh tanpa dipinta, tanpa dijemput.
bila bebanan itu tak dapat ditanggung, air mata akan jatuh dengan serta merta walau pun ketika itu cuba berlagak gembira, senyum di hadapan kawan.
---
bila bersahabat dengan air mata, barulah saya mula mengetahui peranan yang dimainkan oleh air mata. sungguh membantu.
(beberapa hari ni,fikiran bercelaru,buntu,keliru. sekarang pun sama. haha. tak ada mood nak ambil jubah konvo pagi ni.)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan