September 01, 2013

#299

Assalammualaikum wbt.

Setelah melalui saat sukarnya membuat keputusan antara nak sambung belajar atau mencari pekerjaan, akhirnya.. Kaki ini melangkah ke UKM kembali.



Alhamdulillah. Rezeki untuk menuntut ilmu lagi. Alhamdulillah.

Pusat pengajian : Sains Sekitaran & Sumber Alam.
Program Pengajian : Sarjana Sains (Geofizik Kejuruteraan & Persekitaran)
Jenis pengajian : Kerja kursus.



Dari Sains Nuklear -> Geofizik Kejuruteraan & Persekitaran.

Kena berusaha untuk belajar ilmu baru, memahaminya. Dan berusaha lebih lebih lebih lagi untuk habiskan dalam 2 semester (10 bulan). Biarlah bersusah payah untuk 10 bulan ni.

10 bulan ini juga merupakan masa terbaik untuk saya perbaiki pelbagai aspek dalam diri untuk menjadi yang lebih baik.

Tak mudah namun tak susah, terserah pada pilihan.

"Success is the fight between you and yourself"
---

Agak sayang untuk meninggalkan ilmu nuklear, tapi tak apalah. Boleh belajar secara tak formal, belajar sendiri. Asas sudah tahu, maka tidak sukar untuk ke peringkat seterusnya.

Agak teruja untuk mempelajari ilmu yang juga diminati sejak dahulu lagi. Dan inilah peluang untuk menuntut secara formal kerana asasnya dalam diri tiada. Kosong.

Alhamdulillah, untuk segala nikmat, peluang untk belajar. Peluang untuk mendalami ilmu Allah. :)

Berdoa supaya dapat aplikasikan segala ilmu yang dipelajari di alam pekerjaan nanti.Ameen. :)

"To achieve something that you have never achieved, you have to be someone that you have never been."

4 ulasan:

Bintu Ismail berkata...

Su, tahniah entah berapa kali ya :D seronok sgt tgk semangat su.

Mcm mn tu, cuba bg roughly overview about geofizik kejuteraan n persekitan? contoh kerjaya? scope dia senang citer :D

..SuRaYa.. berkata...

Terima kasih mai. :)

Ia lebih kepada kemahiran (perolehan, pemprosesan, pentafsiran data) untuk penyiasatan tapak, kerja-kerja pemantauan alam sekitar, mendapatkan parameter kejuruteraan bahan di bawah permukaan bumi dan ain-lain.

Ia lebih latihan kemahiran, bukan teori semata-mata. :)

sLeePyhEaD nAim berkata...

Tahniah Su! Akak rasa ni pilihan yg sgt berani and akak respek. Kalau boleh, akak pun nak sambung master dlm bidang lain. best apa dpt belajar mcm2 ilmu. diversified sikit kan. hehe. belajar baik2 k. moga dipermudahkan ntk Su. :)

..SuRaYa.. berkata...

terima kasih kak Nad. :)

jom2 sambung master.

ameen. semoga urusan kak Nad juga sentiasa dipermudahkan olehNya. Ameen. :)