September 17, 2013

#300

Assalammualaikum wbt.

Alhamdulillah, untuk semua nikmat yang diberi. Alhamdulillah.

Cabaran untuk diri sendiri bermula. Ijazah sarjana muda lain, sarjana lain.

Dengan berbekalkan ilmu fizik sekolah, matrikulasi, ilmu dari bacaan mengenai geologi sejak sekolah, dan minat mendalam.. Insya'allah akan berusaha untuk menguasai ilmu geofizik dengan sebaik mungkin.

Moga setiap langkah dan perbuatan diredhai olehNya dan tidak memudaratkan diri sendiri.

---

Petang tadi rasa malu dengan diri sendiri apabila baca ayat cinta ini. (Buka tafsir masing-masing untuk mengetahui ayat cinta tersebut.)

 [51 : 15-18] 

Layakkah aku untuk menjejakkan kaki ke taman-taman itu jika banyak tidur?

Berjaga hingga pagi untuk siapkan tugasan, belajar sampai lupa untuk untuk berbicara dan memohon keampunan denganNya?

Sila jangan ulangi lagi seperti zaman sekolah,matrikulasi, sarjana muda. Berubahlah!

Tiada ulasan: