Oktober 30, 2013

#303

Assalammualaikum wbt.

Saya ada senior SRM yang saya kenal pada program makan malam iaitu Malam Apresiasi Rakan Muda 2012. Salah satu objektif program tersebut adalah untuk memperkenalkan senior dan merapatkan ukhwah antara kami semua.

Disebabkan ketika itu saya diberi amanah untuk menjadi setiausaha program dan mengambil alih tugas ketua pengarah ketika program berlangsung untuk memberi peluang kepada ketua program makan bersama dengan tetamu. Maka, saya hanya sempat berkenalan nama sahaja dengan beliau.

Sesi perkenalan hanya terhenti disitu sahaja lantaran kekurangan masa di pihak saya.

Beliau adalah seorang lelaki India.

Ketika praktikal di HKL tahun lepas, saya dan Dyana (sahabat SRM) keluar ke Midvalley. Ketika itu petang. Jumpa di MPH sebab masing-masing dari arah yang berbeza. Saya dari Setapak, Dyana dari UKM.
Dan pada masa itu juga senior muncul tiba-tiba.

Oh,rupanya Dyana mengambil kesempatan dengan ajak sekali senior tu untuk mengelakkan berdua-duaan.

Dipendekkan cerita, ketika masuk sahaja waktu maghrib, senior tu berkata. "Pergilah solat maghrib dulu.Lepas tu baru kita jalan-jalan lagi."

Masa tu saya dah keliru, beliau ni Islam ke?

Usai solat, terus meneruskan sesi merayap di midvalley.

Dan persoalan tentang agama beliau termati disitu sahaja.

---

Sejak dari sesi perkenalan lanjutan di midvalley, saya selalu menjadi peneman kepada Dyana apabila dia keluar dengan senior tersebut.

Setiap kali masuknya waktu solat, beliau akan menyuruh kami solat dahulu sebelum melakukan aktiviti seterusnya.

---

Semalam konvokesyen Dyana. Senior tersebut hadir kerana beliau dengan Dyana memang rapat dan beliau dah anggap Dyana adik angkat dia.

Bila masa nak ambil gambar beliau dengan Dyana, beliau tak nak berdua. Beliau cakap, tak manis. Dan beliau ajak kami masuk sekali. Kemudian siap tunjukkan gambar itu semula dan cakap, "hah, kan elok macam ni.ramai-ramai"

Usai meraikan Dyana, beliau belanja kami makan. Semasa itu, lagi berapa minit azan maghrib nak berkemundang. Beliau tengok jam dan cakap, "korang pergi solat maghrib dulu.lepas tu baru kita makan"

Tengah makan, azan Isyak berkemundang. Kemudian, beliau cakap "Maaflah, sampai Isyak kita makan. Lepas ni nak solat dulu ke terus balik kolej"

---

Hakikatnya, beliau belum Islam lagi. Tapi beliau tersangat menjaga waktu solat, ikhtilat insan-insan di sekelilingnya. 

Tapi diri ini? Sunggguh berbeza. Kurang menjaga betul! 

Moga beliau dikurniakan nikmat Islam. Ameen.


Tiada ulasan: