November 13, 2013

#304

Assalammualaikum wbt

Alhamdulillah, selesai sudah kerja lapangan untuk subjek di Pulau Langkawi. 2/11/13 - 10/11/13.

5 hari bekerja di tengah sawah, dalam kebun getah, di kampung. Setiap hari akan guna kaedah yang berbeza untuk kajian.

Ringkasnya,
2/11/13 - Sampai Pulau Langkawi pada waktu tengahari. Check in hotel yang berhampiran dengan pekan Kuah. Rehat.

3/11/13 - Ingat nak berjalan je kat Pekan Kuah. Usai solat zohor, berjalan ke sana. Tapi, tiba-tiba je rasa nak rempit keliling Langkawi. Sewa motor dan rempit keliling Langkawi.

4/11/13 - Resistivity Sounding Survey.

5/11/13 - Resistivity Imaging Survey.

6/11/13 - Gravity Field Survey

7/11/13 - Magnetic Survey

8/11/13 - Refraction Seismic Survey.

9/11/13 - Jalan sekitar Pulau Langkawi.

10/11/13 - Seawal 6.00 pagi sudah siap untuk pulang ke UKM. Naik kargo sekali dengan bas UKM. Seronok kerana dapat berjalan di atas kargo. melihat keindahan alam. :)

Kerja geofizik tidak boleh dilakukan berseorangan. Kerana terlampau banyak alat yang perlu dibawa, tenaga kerja yang ramai diperlukan untuk set up alat, ambil data dan kemas alat.

Ada yang perlu diketuk, ditukul dan lain-lain. Ada kaedah yang perlu ditarik kabel hingga ke 200 meter, 400 meter dan lain-lain.

Berjalan sambil angkut alat sampai beberapa kilometer.

Kerja yang memerlukan tenaga.

alat untuk resistivity imaging.

400 meter kabel untuk kaedah resistivity imaging. Setiap 5 meter kena pasang elektrod untuk 100-300. Setiap 10 meter untuk 0-100, dan 300-400 meter kena pasang elektrod.

Sekolah belah kiri atas gambar. Berjalan dari sekolah hingga ke tempat di ambil untuk kaedah resistivity imaging. Dari pagi hingga ke petang. Berpanas.
Eh, malas lah pulak nak muatnaik gambar lagi. Cukup lah gambar di atas. Haha.

Kaedah yang paling sikit alat dan tidak memerlukan tenaga yang banyak ialah kaedah graviti dan magnet.

Apa-apa pun, seronok! Banyak pengalaman, pengetahuan, pengajaran yang diperolehi. Belajar teori, dan dapat praktikal. Lebih faham.

---

Siap kena kejar dengan anjing, terketuk elektod kat paip mat salleh lagi dan macam-macam lagi kisah. Haha.

Akibat berpanas selama 5 hari, muka tangan semua dah berbelang-belang. Tak payah berjemur tepi pantai. Haha.

Alhamdulillah.

(Nampak sangat malas nak menulis. Tapi nak jugak kemaskini blog. Haih.)

Tiada ulasan: