November 23, 2013

#306

Assalammualaikum wbt.

Alhamdulillah, kakak ke dua whatsapp pukul 1.02  pagi (23/11/13) tadi bagitahu dia dah sampai lapangan terbang Heathrow London. Dari KLIA pukul 11.30 pagi (22/11/13). Selama setahun di sana.

Bekerja di ibu pejabat utama syarikat yang dia kerja sekarang ni. Sebelum ni dia kerja di cawangannya di PJ.

Alhamdulillah, rezeki dia.

Tapinya.. Adik dia ni yang agak sedih berjauhan dengan dia. :(
Antara adik beradik, rapat dengan akak ke 2. Dengan dia boleh cerita macam-macam masalah, mengadu itu ini, menangis depan dia.

Setahun tak jumpa. 2 kali raya dia tak ada kat rumah nanti. Dan masa konvo kami nanti (kakak pertama dan saya, master. Insyaallah) dia mesti tak dapat hadir.

Kepada akak, selamat maju jaya di sana. Semoga sentiasa dirahmati, dikasihi, dilindungi dan diredhai olehNya. Ameen.

Tiada ulasan: