Februari 08, 2014

#309 - Bukan milik kita

Assalammualaikum wbt.

Bukan Milik Kita - Sixth Sense

Ditinggalkan kehilangan
Bagian hidup kita
Tak usahlah kau tangisi takdir
Tak ada yang abadi di dunia ini
Semua pastikan kembali
Hidup ini sudah tertulis
Tenangkan jiwamu dan hatimu

Ikhlaskanlah relakanlah
Semua yang ada pasti kan pergi
Ikhlaskanlah relakanlah
Semua yang hidup pasti kan mati

Ikhlaskanlah relakanlah
Semua yang ada pasti kan pergi
Ikhlaskanlah relakanlah
Semua yang hidup pasti kan mati

Ikhlaskanlah relakanlah
Semua yang ada pasti kan pergi
Semua yang hidup pasti kan mati
Hidup bukan milik kita
Hidup bukan milik kita

Sejak awal tahun ni, ramai insan-insan yang dikenali, tidak dikenali dijemput ke alam barzakh. Bila dengar khabar mengenai perkara ini, rasa sayu.

Teringat peristiwa ketika aku menitiskan air mata di dalam bas. Semasa perjalanan balik Ke UKM. Ketika itu melalui jalan yang sebelahnya adalah tanah perkuburan Islam, dan ketika itu juga lagu Menanti Di Barzakh dimainkan di radio. Sukar digambarkan perasaan ketika itu.

Takut. Risau.Jika dalam perjalanan ini, aku dijemput pulang, bagaimana? Sedangkan amalku tersangat sedikit, banyak dosa, kesalahan.

Alhamdulillah, masih diberi kesempatan dan peluang untuk perbaiki diri, menambah amal. Tapi aku selalu mensia-siakan peluang dan kesempatan yang diberi.

"Dan Bersegeralah kamu kepada (mengerjakan amal-amal yang baik) untuk mendapatkan keampunan daripada Tuhanmu. Dan (mendapatkan) syurga yang luasnya seluas  langit dan bumi, yang disediakan untuk orang yang bertakwa". (Ali-Imran, 3:133)

---

Semalam baca buku Surat Daripada Tuhan. Terfikir, aku takut fizikal yang mati atau hati yang mati? Hati yang mati awal daripada fizikal?

"Melangkah ke alam syurga, impian kita semua, marilah berusaha!"

Tiada ulasan: