April 18, 2014

#310

Assalammualaikum wbt.

Kelmarin berbual dengan kawan. Dia cakap, "Kesiannya mak kau su, berat." Lepas tu spontan jawab, "aah. berat. Dah lah beranak kat kampung."

Lepas tu terdetik di dalam hati.. Ya Allah. Seksanya mak melahirkan aku. Tapi aku bukanlah anak yang baik, yang solehah kepada mak."

4.1 kg tu bukanlah sesuatu yang ringan untuk diusung ke hulu hilir, ke sana ke mari sepanjang masa. Tapi itulah sakit yang pernah ditanggung oleh mak untuk melahirkan aku ke dunia ni.

Antara adik beradik, aku lah yang paling nakal masa kecil. Terlampau banyak cerita kenakalan ku berbanding adik beradik yang lain.

Antaranya, mak pernah berhari-hari tidur kat hospital sebab kenakalan yang sehingga kini meninggalkan kesan di tangan ku. Lari dari asrama masa tingkatan 1. Hilang masa tadika. Dan macam-macam lagi kisah.

Ya Allah.

Menitis air mata. Bertapa susahnya mak abah ku untuk membesarkan diriku.

Berusahalah untuk jadi anak yang baik, Suraya.

Tiada ulasan: