Assalammualaikum wbt.
Dari awal tahun ni kerja 'memujuk' mak untuk beri keizinan sambung lagi. Dengan sokongan dari kakak, Alhamdulillah. Dah lama dapat kebenaran.
Bila balik rumah, kadang ada cerita dengan mak. Rancangan selepas ini. Kemudian, mak tanya.. "Tak penat ke kerja belajar?"
Terdiam. Tak tahu nak respon apa. Senyum. Terus tukar topik. Hehe.
Bila sampai peringkat ni, baru terasa penat dalam belajar. Mungkin sebab bidang baru. (atau baru sekarang mula belajar besungguh-sungguh?selama ini main je lebih).Yang memang tak ada asas yang kukuh. Kena mula dari kosong dan kena tahu sepertimana yang sepatutnya orang lain (kawan kuliah yang ada asas) tahu. Penat juga rasa.
Apa yang kita alami semua memang telah ditentukan olehNya. Dia lebih tahu apa yang terbaik untuk ciptaanNya.
Apabila ditoleh ke belakang, Alhamdulillah. Rezeki ku dalam menuntut ilmu dipermudahkan. Dan jika ini jalan yang telah ditakdirkan untuk diriku. Alhamdulillah. Akan sambung kerana ilmuNya.
"Sains acuan Tauhid sarat dengan aspek intelek, saintifik, sistem nilai, akhlak dan etika.". "Semakin berilmu, sepatutnya semakin beriman dan berakhlak".
Jujurnya, melalui ilmu sains yang dipelajari secara formal atau tidak formal (astronomi), diriku mula mengenal Allah. Baru sekarang faham apa yang diajar ketika di Sekolah Agama Kerajaan negeri Johor (petang,lepas sekolah rendah, menengah) selama tujuh tahun tu. Dapat pangkat tertinggi untuk darjah 6 dan darjah khas (pangkat 1), tapi.. Belajar untuk peperiksaan, ilmunya tidak kekal di ingatan. Menyedihkan diri sendiri saja.
---
Alhamdulillah, semalam pagi daki Broga untuk ke berapa kali. Dah lama tak beraktiviti, makanya stamina memang teruk. Cepat penat. Baru naik sikit rasa penat. Ditambahkan lagi dengan semalam tidur tak sampai dua jam. Rasa nak berhenti dan turun balik je. Tapi digagahi juga untuk sampai ke puncak.
Alhamdulillah, sampai. Subhanallah, pemandangan cantik. Ada bawa binokular, dan ketika itu bulan pun ada di langit.
Duduk atas batu lihat pemandangan, terfikir beberapa hal.
1- Dulu aku pernah terjatuh kat Broga. Bukan semasa mendaki, tapi di bawah bukit. Di kawasan rata. Lihat, ketika di zon bahaya (bukit), pandai nak selamatkan diri. Setiap langkah diperhati dan diperkemaskan. Tapi bila di zon selesa (kawasan rata), terus tak hiraukan keselamatan diri.
2- Jika tadi aku tak teruskan perjalanan disebabkan penat, tak dapat nak lihat pemandangan Broga. Dulu naik waktu cuaca cerah, kini dapat lihat pemandangan Broga ketika cuaca mendung. Tempat sama, situasi berbeza.
3- Peluang bukan datang selalu. Berebut dengan awan untuk melihat bulan. Alhamdulillah, dapat tengok sekali bulan dengan binokular. Dan dapat juga lihat KL Tower dari Broga.
Panjat bukit, semestinya penat. tapi kenapa masih selamat? Sebab kita berusaha untuk selamatkan diri, jaga diri.
Anggaplah dunia ni sebagai zon bahaya. Kena berusaha untuk selamatkan diri untuk ke tempat yang bahagia. Syurga.
Apa jua yang dilakukan walaupun penat teramat, mestilah keranaNya, supaya ia bermakna. Jika tidak,sia-sia.
(Tulis kat blog boleh panjang-panjang, tulis tesis malas. Writer block. Konon. Alasan.)

Tiada ulasan:
Catat Ulasan