Jun 04, 2014

#314

Assalammualaikum wbt.

Hukum newton ketiga,

"Untuk setiap tindakan (daya), akan ada tindakan balas (daya) yang mempunyai magnitud yang sama dan bertindak pada arah yang bertentangan."

Kekuatan yang sama, arah yang berlainan. Baru lah seimbang.

Ya, itu yang setiap detik dan masa yang berlaku dalam kehidupan seharian kita. Dari segi ilmu fiziknya~

Jom kita ubah cara berfikir dan pandang hukum newton ketiga ni.

Contohnya,

Untuk setiap 'kemarahan' yang diberikan, kita harus memberi tindakan balas yang magnitud (kekuatan) yang sama, tetapi yang bertentangan iaitu dengan kesabaran.

Hukum newton ketiga ni hanya terhad untuk kejahatan-kebaikan sahaja. Tidak boleh diaplikasikan untuk kebaikan-kejahatan.

Sabar. Sabar. Sabar.

Tiada ulasan: